Oppo A78 dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.56-inci HD+ bersama dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 700 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Bateri sebesar 5000mAh yang turut menyokong pengecan pantas 33W.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP potret. Sementara untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi dan lain-lain.
Untuk harga jualan, Oppo A78 5G dijual pada harga RM1099. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glowing Purple dan Glowing Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Oppo atau kedai rasmi atas talian di Shopee atau Lazada bermula 14 Januari 2023.