Close

Oppo Find N2 Flip dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Oppo N2 Flip telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada tahun lalu. Yang mana, ia merupakan telefon pintar boleh lipat terawal jenis clampshell yang dihasilkan oleh Oppo.

Biarpun tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran Oppo Find N2 Flip di Malaysia. Namun, peranti tersebut dilaporkan telahpun melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia. Peranti tersebut telah didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd pada 31 Disember dengan kod model CPH2437 (OPPO Find N2 Flip).

Untuk spesifikasi, Oppo Find N2 Flip hadir dengan skrin utama 6.8-inci AMOLED 120Hz, skrin luar OLED 3.26-inci. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000+, 16GB RAM LPDDR5, storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1, bateri 4300mAh dan pengecasan pantas 44W.

Buat masa ini, Oppo tidak mendedahkan sebarang tarikh pelancaran untuk Oppo Find N2 Flip di Malaysia. Tetapi, dengan pengesahan ini kami menjangkakan Oppo bakal mengumumkan tarikhnya tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN