Close

OxygenOS 13 versi stabil kini tersedia untuk pengguna OnePlus Nord 2T


Kemaskini OxygenOS 13 yang berasaskan Android 13 untuk OnePlus Nord 2T telahpun dilepaskan secara rasmi. Pengumuman tersebut dibuat melalui laman forum rasmi OnePlus.


OxygenOS 13, membawakan perubahan reka bentuk baharu yang dipanggil sebagai Aquamorphic. Melaluinya, ia menawarkan lebih banyak pilihan yang boleh diubahsuai oleh pengguna seperti always-on-display yang boleh diintergrasikan dengan Spotify, ikon yang lebih dinamik, widget baharu dan lain-lain.

X131


Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai ciri baharu, penambahbaikkan dari segi sambungan internet dan Bluetooth, pengoptimuman dari segi prestasi dan juga ciri keselamatan yang dipertingkat.

Walaubagaimanapun, kemaskini OxygenOS 13 versi stabil untuk OnePlus Nord 2T hanya tersedia untuk pengguna di India buat masa ini. OnePlus dijangka akan mula melepaskan kemaskini ini secara berperingkat tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN