Close

PDRM bekerjasama dengan Whoscall untuk banteras penipuan melalui panggilan telefon

Kes penipuan melalui panggilan telefon semakin hari semakin membimbangkan. Yang mana, kerugian yang ditanggung oleh mangsa bukan dalam jumlah yang kecil, malah mencecah sehingga ribuan ringgit.

Berikutan dari itu, PDRM telah menjalinkan kerjasama dengan Whoscall, merupakan aplikasi mengenal pasti panggilan telefon yang mempunyai pangkalan data terbesar di Asia dengan lebih dari 100 juta muat turun.

Melalui kerjasama ini, mana-mana nombor telefon yang tersenarai dalam pangakalan data PDRM akan dilabelkan sebagai “scammer”. Justeru itu, apabila pengguna Whoscall menerima panggilan masuk ia akan memaparkan label “scammer”, sekaligus membolehkan pengguna berwaspada atau mengelak dari menerima panggilan tersebut.

Namun begitu, PDRM menyatakan yang scammer sentiasa berusaha untuk mencari cara baru untuk menipu dan boleh mencipta nombor telefon yang pelbagai untuk mengelirukan mangsa. Disebabkan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Sekiranya anda ingin memasang aplikasi Whoscall ini, boleh muat-turun aplikasi tersebut di sini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN