Close

Pengeluaran MyKid kini ditangguh sehingga 6 Bulan

Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak atau Mykid kini mengalami masalah pengeluaran berikutan kekurangan bekalan Mikrocip. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh. 

Berikutan dari itu, pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak bagi bayi baru terpaksa ditangguhkan selama enam bulan. Namun begitu, proses permohonan baharu masih lagi dibuka seperti biasa, tetapi dengan tempoh menunggu yang lebih lama disebabkan oleh kekurangan cip.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta semua agensi kerajaan dan swasta menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan seperti permohonan sekolah atau sebagainya. Dalam masa yang sama, masalah tersebut akan diselesaikan oleh JPN secara berperingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN