Close

Pengguna Maxis perlu tunggu lebih lama untuk merasa 5G di Malaysia


Pengguna Maxis nampaknya perlu menunggu lebih lama untuk mula merasa 5G di Malaysia berikutan syarikat tersebut mengumumkan penangguhan permohonan kelulusan Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB).


Penangguhan permohonan tersebut dibuat berikutan kerajaan perlu menyemak semula pelaksanaan rangkaian 5G dan dasar pelaksanaan rangkaian 5G akan dibentangkan di kabinet pada penghujung suku pertama 2023.


Sehubungan dengan itu, Maxis menyatakan adalah wajar untuk menangguhkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham sehingga dasar pelaksanaan 5G dimuktamadkan.


Berikutan dari itu, perjanjian akses 5G DNB dengan Maxis mungkin akan dapat diselesaikan seawal April 2023 selepas dasar pelaksanaan 5G dimuktamadkan.

Setakat ini, hanya Maxis sahaja yang belum menyediakan perkhidmatan rangkaian 5G kepada pengguna mereka. Sementara, pengendali rangkaian mudah alih (MNO) lain seperti U Mobile , Celcom Axiata, Digi, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications (YES) telahpun menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada pengguna mereka sejak tahun lalu.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN