Close

PlayStation 5 Pro dijangka akan dilancarkan pada April 2023

Sedar atau tidak, usia PlayStation 5 telahpun mencapai dua tahun. Sepanjang pengeluarannya, Sony telahpun membawakan beberapa perubahan untuk menjadikan konsol ini lebih ringan, lebih cekap tenaga dan lebih baik dari segi prestasi.

Terkini, terdapat laporan menyatakan yang Sony akan melancarkan PlayStation 5 Pro pada separuh pertama 2023. Konsol baharu ini dijangka akan membawakan beberapa perubahan seperti dikuasakan dengan cip AMD baharu, sistem penyejukan yang dipertingkat dan juga reka bentuk yang lebih baik.
Sony dikatakan akan hadir dengan sistem penyejukan jenis cecair pada PlayStation 5 Pro seperti mana pada PC permainan. Selain itu, Sony juga dilaporkan akan membawa perubahan reka bentuk untuk menjadikan pengurusan haba yang lebih baik.
Dari segi penawaran harga, PlayStation 5 Pro dijangka akan dijual lebih mahal berbanding model semasa berikutan hadir dengan sejumlah peningkatan.
Buat masa ini, Sony tidak mengeluarkan sebarang tarikh rasmi mengenai pelancaran PlayStation 5 Pro. Namun, menurut laporan konsol baharu ini dijangka akan dilancarkan pada April 2023.

ARTIKEL BERKAITAN