Close

PlayStation 5 telah terjual lebih dari 30 juta unit di seluruh dunia

Pada acara CES 2023, Sony mengumumkan yang syarikat tersebut telah berjaya menjual lebih dari 30 juta unit PlayStation 5 di seluruh dunia. Ia merupakan pencapaian terbaik Sony selepas berjaya menyelesaikan masalah penghantaran yang melanda sebelum ini.


Dalam pada itu, CEO Sony Interactive Entertainment iaitu Jim Ryan turut menyatakan yang selepas ini PlayStation 5 akan lebih mudah untuk dibeli di seluruh dunia. Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan sinar baru untuk peminat PlayStation 5 yang masih belum dapat memiliki konsol tersebut.


PlayStation 5 telah dilancarkan pada November 2020. Ditawarkan dalam dua varian iaitu Ultra HD Blu-ray dan Edisi Digital. Di Malaysia, PlayStation 5 dijual pada harga RM2,499 untuk Ultra HD Blu-ray dan RM2,069 untuk Edisi Digital.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN