Close

Polis minta pengguna Waze tidak berkongsi maklumat sekatan jalan raya

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, menasihatkan orang ramai tidak berkongsi maklumat mengenai operasi sekatan jalaln raya (SJR) yang dilaksanakan oleh pasukan Polis menerusi aplikasi Waze.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, perbuatan tersebut hanya akan menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan pelbagai kesalahan trafik lain.

Pengguna jalan raya harus sedar mengenai risiko yang akan dihadapi disebabkan oleh kecuaian daripada pemandu mabuk, melanggar lampu isyarat, memandu melawan arus dan sebagainya.

Oleh yang demikian, beliau meminta orang ramai terutamanya pengguna jalan raya untuk memberi kerjasama kepada pihak polis dalam membantu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah trafik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN