Close

Pra-tempahan Sony DualSense Edge kini dibuka dengan harga RM999

Sony kini sedia untuk menawarkan alat kawalan baharu mereka iaitu DualSense Edge untuk pasaran tempatan. Sony DualSense Edge hadir dengan kebolehan untuk diubahsuai secara fizikal dengan butang tambahan dan juga secara perisian.


Secara asasnya, DualSense Edge dibina untuk memberikan pengalaman permainan yang unik melalui alat kawalan yang boleh diubahsuai yang ditentukan oleh pemain itu sendiri. Antara fungsi menarik yang dibawakan adalah seperti pengubahsuaian trigger button, stick sensitivity, vibration intensity dan juga pemetaan semula butang.

Menariknya, DualSense Edge ini bukan sahaja boleh digunakan pada PlayStation 5 tetapi turut boleh digunakan bersama dengan komputer gaming. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui kedai rasmi atas talian Sony Malaysia atau boleh didapatkan secara terus pada 31 Januari ini.

ARTIKEL BERKAITAN