Close

Rangkaian 5G di Malaysia kini mencapai 50% liputan kawasan berpenduduk (COPA)


Rangkaian 5G di Malaysia kini telah mencapai 50% liputan kawasan berpenduduk (COPA).
Lebih pantas dari jangkaan Digital Nasional Berhad (DNB) yang menjangkakan hanya 40% liputan rangkaian 5G menjelang akhir tahun 2022.

Berikutan dari itu, DNB kini komited untuk mencapai sasaran 80% liputan kawasan berpenduduk (COPA) menjelang tahun 2024 atau lebih awal. Pada ketika ini, rangkaian 5G telah digunakan lebih dari 15 juta penduduk dengan 3,900 tapak yang telah dibangunkan.

DNB turut menyatakan kawasan utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini mempunyai lebih dari 90% liputan kawasan berpenduduk (COPA).

Sementara, untuk kawasan seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kadar liputan kini mencecah 50%. DNB turut menjanjikan yang capaian rangkaian penuh akan tiba menjelang 2024 atau lebih awal untuk negeri lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN