Close

realme GT Neo 5 telefon pertama dengan pengecasan pantas 240W

Sumber : Onleaks x Smartprix

Seiring dengan pengumuman realme mengenai teknologi pengecasan pantas 240W. realme GT Neo 5 dilaporkan akan menjadi peranti pertama di dunia hadir dengan pengecasan pantas tersebut.


Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada realme GT Neo 5. Tetapi, merujuk pada laporan sebelum ini, realme GT Neo 5 mungkin hadir dalam dua versi iaitu cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan pengecasan 240W dan Dimensity 8200 dengan pengecasan 150W.

Sumber : realme mobile phone

Untuk spesifikasi lain, realme GT Neo 5 dijangka akan dilengkapi dengan skrin 6.7-inci dengan paparan 144Hz. Turut dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP ultralebar + 2MP makro dan swafoto 16MP.

realme telahpun berkongsi mengenai tarikh pelancaran bagi GT Neo 5 iaitu pada Februari 2023. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan kami kongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN