Close

realme perkenalkan teknologi pengecasan pantas 240W – Pengecasan terpantas di dunia ketika ini

realme secara rasmi memperkenalkan teknologi pengecasan pantas baru mereka, yang mana ia juga merupakan pengecasan terpantas yang ada di pasaran ketika ini iaitu dengan 240W.


Menurut realme, teknologi pengecasan pantas 240W ini menggunakan kabel khusus dengan input 20V/12A dan output 10V/24A, melalui tiga pengecas yang berbeza dengan tenaga sekitar 10V/24A. Selain itu, realme turut menggunakan komponen Gallium Nitride (GaN) pada pengecasan pantas 240W ini.

realme turut mendakwa yang teknologi baharu ini tidak akan memberikan kesan besar kepada bateri dan turut menyokong sehingga 1600 kitaran pengecasan dengan kesihatan bateri sekitar 80%. Dari segi keselamatan, realme telah melakukan pelbagai langkah keselamatan dalam memastikan pengecasan ini selamat untuk digunakan.

Dalam masa yang sama, realme turut mengumumkan yang teknologi ini akan digunakan pada peranti andalan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN