realme sahkan kolabrasi dengan Coca-Cola - FUZZ.MY

ASUS

Monday, January 30, 2023

realme sahkan kolabrasi dengan Coca-Cola


Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai sebuah telefon pintar misteri yang berkolabrasi dengan syarikat minuman gergasi iaitu Coca-Cola.


 

Terkini, realme menerusi akaun rasmi Twitter mereka, telah memberikan gambaran awal mengenai telefon pintar tersebut dengan memperlihatkan peranti tersebut berada di dalam air dengan perkataan "Bubbling". Ia sekaligus menjawab persoalan mengenai pengeluar yang berkolabrasi dengan Coca-Cola.


 

Selain itu, realme turut menyediakan laman web rasmi untuk kolabrasi tersebut iaitu Cheers For Real. Menghangatkan lagi kolabrasi ini, Presiden realme India turut berkongsi imej siri realme 10 dengan pantulan tin Coca-Cola yang dapat dilihat melalui panel belakang peranti tersebut.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Namun, kolabrasi ini dijangka akan membawakan beberapa perubahan dari segi rekaan, kemasan dan juga aksesori yang bertemakan Coca-Cola.