Gorilla Glass Victus 2 menawarkan peningkatan dari segi ketahanan dan kemampuan hentakan pada permukaan yang lebih kasar seperti konkrit dan permukaan jalan raya. Dari ujian yang dilakukan, Gorilla Glass Victus 2 dilihat mampu bertahan pada ketinggian 2 meter pada kedua-dua jenis permukaaan.
Selain itu, Gorilla Glass Victus 2 dibina dengan menggunakan 22% sumber alam sekitar menjadikan ia sebagai produk mesra alam sekaligus memperolehi Pengesahan Tuntutan Alam Sekitar. Gorilla Glass Victus 2 telapun dilancarkan pada November tahun lalu dan merupakan kaca buatan paling tahan lasak di pasaran ketika ini.