Close

Samsung Galaxy S24 mungkin akan ditawarkan dalam dua varian sahaja

Samsung dijangka akan hanya menawarkan dua pilihan varian sahaja untuk siri Samsung Galaxy S untuk tahun 2024.

Menurut laporan The Elec, Samsung dikatakan akan mengurangkan pilihan varian untuk siri Samsung Galaxy S yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Ia bermaksud, tiada lagi varian Plus akan ditawarkan untuk siri Samsung Galaxy S24.

Perkara tersebut merujuk kepada projek dalaman untuk siri Samsung Galaxy S24 dengan kod DM. Melalui kod tersebut, memperlihatkan hanya dua kod projek sahaja iaitu DM1 (Standard) dan DM3 (Ultra), tiada DM2 yang merujuk kepada varian Plus.

Samsung secara kebiasaannya akan menawarkan tiga pilihan untuk siri Galaxy S iaitu Standard, Plus dan juga Ultra. Ketiadaan varian Plus untuk siri Samsung Galaxy S24 mungkin disebabkan oleh permintaan semasa yang tidak memberangsangkan seperti mana yang berlaku pada iPhone 14 Plus.

Selain siri Galaxy S, Samsung juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan model kelas pertengahan mereka iaitu siri Galaxy A.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN