Close

Samsung menjadualkan acara Galaxy Unpacked 2023 pada 2 Februari ini

Samsung Columbia sebelum ini secara tidak sengaja mendedahkan tarikh acara Galaxy Unpacked. Terkini, Samsung Korea secara rasmi berkongsi tarikh acara Galaxy Unpacked 2023 yang akan berlangsung pada 2 Febuari ini.

Melalui perkongsian itu juga, Samsung mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan siri Galaxy S23 pada acara tersebut. Siri Samsung Galaxy S23 bakal menjadi standard baharu dengan peningkatan dan juga inovasi yang akan dibawa.


Siri Samsung Galaxy S23 dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, paparan 120Hz, kamera 200MP dan kamera swafoto 32MP. Selain itu, ia turut dijangka hadir dengan bonggol kamera yang lebih nipis dan rekaan yang lebih baik dari model sebelumnya.


Dalam masa yang sama, Samsung turut membuka daftar minat untuk siri Galaxy S23 yang telah dibuka bermula hari ini sehingga 2 Februari. Acara Galaxy Unpacked 2023 juga boleh ditonton melalui saluran rasmi Samsung.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN