Close

Samsung secara tidak sengaja mendedahkan tarikh pelancaran siri Samsung Galaxy S23

Tarikh pelancaran siri Samsung Galaxy S23 akhirnya terjawab, apabila Samsung secara tidak sengaja telah mendedahkan tarikh pelancaran peranti tersebut iaitu pada 1 Februari 2023.

Tarikh pelancaran tersebut secara tidak sengajakan didedahkan oleh Samsung Columbia melalui halaman khas pelancaran untuk siri Samsung Galaxy S23. Namun begitu, ketika artikel ini ditulis halaman khas tersebut telahpun dialih keluar oleh Samsung Columbia.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada halaman khas tersebut, hanya memperlihatkan susunan tiga kamera secara menegak.

Sehubungan dengan itu, Samsung Korea dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran siri Samsung Galaxy S23 tidak lama lagi. Seperti biasa, akan lebih maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN