Close

Samsung Wallet akan tiba di Malaysia pada penghujung bulan ini


Samsung Wallet telahpun dilancarkan pada Jun tahun lalu, telah tersedia di 6 buah negera iaitu Amerika Syarikat, Itali, Jerman,Perancis, Sepanyol dan United Kingdom.



Terbaru, Samsung dilaporkan akan memperluaskan lagi Samsung Wallet di beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Perkara tersebut disahkan oleh pihak Samsung menerusi Samsung Newsroom.

Selain Malaysia, negara lain seperti Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura dan Taiwan juga turut disenaraikan. Samsung Wallet dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini.


Samsung Wallet membolehkan pengguna peranti Samsung menyimpan pelbagai kad fizikal secara digital seperti kad pengenalan, pas penerbangan, kunci, kad pembayaran dan sebagainya. Dari segi keselamatan, Samsung Wallet diintergrasikan dengan platform keselamatan gred pertahanan melalui Teknologi Samsung Knox.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN