Close

Set kepala Apple akan hadir dengan nama Apple Reality Pro

Sebelum ini, terdapat pelbagai laporan tertiris mengenai set kepala pertama dari Apple, antaranya adalah seperti reka bentuk, sistem operasi yang digunakan dan juga harga jualannya.

Terkini, Mark Gurman melaporkan beberapa maklumat baru yang terperinci mengenai set kepala pertama dari Apple
Set kepala ini akan menggunakan nama Apple Reality Pro. Dikuasakan dengan cip M2 tersuai dengan sistem operasi xrOS yang mempunyai antaramuka 3D seperti iPadOS dan iOS. Bateri dilaporkan mampu bertahan sehingga 2 jam.
Dari segi rekaan, Reality Pro akan hadir dengan binaan daripada aluminium dan menggunakan skrin lengkung pada bahagian hadapan yang menampakkan mata pengguna. Pembesar suara diletakkan di bahagian tepi dan mempunyai headband untuk diletakkan di kepala. 
Untuk kawalan, Reality Pro tidak mempunyai sebarang alat kawalan fizikal sebaliknya ia dikawal melalui pergerakan ibu jari dan telunjuk pengguna yang dijejak melalui kamera luaran. Selain itu, pengguna juga boleh berinteraksi dengan mata melalui penderia yang diletakkan di bahagian dalam.
Apple Reality Pro ini dijangka akan diperlihatkan pada acara WWDC yang akan berlangsung pada tahun ini. Dari segi harga jualan, ia dijangka akan dijual dengan harga jualan sekitar $3,000 (RM12,790).

ARTIKEL BERKAITAN