Close

Siri Samsung Galaxy S23 dilaporkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih berkuasa

Samsung telah mengesahkan yang siri Samsung Galaxy S23 akan dikuasakan dengan satu pilihan cip sahaja iaitu dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.


Namun apa yang menarik adalah, cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakan pada siri Samsung Galaxy S23 adalah versi yang lebih berkuasa berbanding versi standard Snapdragon 8 Gen 2.


Cip yang dipanggil sebagai “Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy” ini dikatakan mempunyai teras utama yang lebih pantas iaitu 3.36GHz berbanding versi standard 3.2GHz. Manakala, teras lain masih menggunakan konfigurasi yang sama iaitu 4x teras prestasi 2.8GHz dan 3x teras kecekapan 2.0GHz.

Namun begitu, laporan ini masih lagi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN