𝐯𝐢𝐯𝐨 𝐗𝟗𝟎 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐈𝐒 𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀?🤯
— vivo Malaysia (@vivo_malaysia) January 9, 2023
Step up your photography skills with the brand-new flagship #vivoX90Series! Get ready to unlock a new level of PRO photography that is soon to be here 😉🔥
Who's ready to witness #ProPhotographyInPocket? pic.twitter.com/5EcRzVoBrr
Berikutan dari itu, Vivo Malaysia hari ini memberikan bayangan awal mengenai pelancaran siri Vivo X90 di Malaysia. Seperti model sebelumnya, siri Vivo X90 juga memfokuskan kepada keupayaan kamera dengan kerjasama Zeiss.
Melalui perkongsian yang dibuat melalui media sosial rasmi Vivo, memperlihatkan poster peranti tersebut dengan tulisan "Pro is coming". Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah Vivo akan hanya melancarkan satu varian sahaja untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya. Vivo juga tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya di Malaysia.
Sebelum ini, siri Vivo X90 telah dilaporkan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia, sekaligus memberikan petanda awal yang peranti tersebut akan memasuki Malaysia. Seperti biasa, akan lebih maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya.