Close

SK Hynix umumkan RAM LPDDR5T – 13% lebih pantas daripada LPDRR5X

SK Hynix mengumumkan teknologi DRAM baharu yang dikenali sebagai LPDDR5T yang mana huruf T membawa maksud Turbo. Teknologi baharu ini dikatakan 13% lebih pantas daripada LPDDR5X yang digunakan pada peranti premium semasa.

Menurut SK Hynix, LPDDR5T menawarkan kelajuan sehingga 9.6Gbps berbanding LPDDR5X dengan 8.5Gbps dan LPDDR5 pada 6.4Gbps. LPDDR5T juga dikatakan mampu memproses data dengan kelajuan 77GB dalam masa satu saat.

Selain lebih pantas dari LPDDR5X, teknologi DRAM baharu ini juga dikatakan lebih cekap kuasa dengan pengguna voltan elektrik sekitar 1.01V hingga ke 1.12V berbanding LPDDR5X dengan penggunaan voltan elektrik yang mencapai sehingga 1.8V.

SK Hynix menyatakan yang mereka telahpun mula menghantar sampel kepada pelanggan mereka untuk diuji. Pengeluaran besar-besaran untuk LPDRR5T dijangka bermula pada separuh kedua 2023. 

LPDDR5T  tidak hanya akan digunakan pada telefon pintar sahaja sebaliknya akan turut digunakan pada peranti atau aplikasi lain seperti kecerdasan buatan, IoT, peranti realiti maya, aksesories 5G dan sebagainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN