Close

Sony Honda Mobility umumkan AFEELA sebagai kereta elektrik pertama

Pada acara CES 2023, Sony Honda Mobility (SHM) secara rasmi mengumumkan kereta elektrik pertama mereka iaitu AFEELA. Secara asasnya, AFEELA menggunakan konsep rekaan Sony Vision S, namun tampil dengan beberapa perubahan.

Menurut Yasuhide Mizuno, AFEELA dibina berasaskan hubungan interaktif di mana pengguna dapat merasakan mobiliti interaktif yang mampu mengesan dan memahami melalui teknologi penderiaan dan juga AI. Sehubungan dengan itu, lebih dari 40 penderia dimuatkan untuk meningkatkan keupayaan mengesan objek dan juga pemanduan autonomi.

Selain itu, AFEELA akan mempunyai keupayaan swapandu tahap 3 dan tahap 2+ untuk pemandauan dalam kawasan bandar. Kereta elektrik pertama dari SHM ini dijangka akan bersaing dengan pembuat kereta seperti Mercedes-Benz, BMW, Volvo dan Audi.

Buat masa ini, SHM belum lagi mengumumkan sebarang tarikh mengenai penjualan kereta elektrik pertama dari mereka. Namun, terdapat laporan menyatakan yang pra-tempahan akan bermula pada 2025 dan penjualan pertama pula pada 2026 di Amerika Syarikat.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN