Telefon pintar edisi Coca-Cola dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi - FUZZ.MY

ASUS

Friday, January 27, 2023

Telefon pintar edisi Coca-Cola dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi

Kita telahpun melihat pelbagai jenis kolabrasi telefon pintar antaranya realme GT Neo 3 Dragon Ball Z, OnePlus Cyberpunk 2077, Samsung Z Flip Pokemon dan banyak lagi.


 

Terkini, syarikat minuman gergasi iaitu Coca-Cola dilaporkan bakal berkolabrasi dengan pengeluar telefon pintar untuk penghasilan dan juga pemasaran telefon tersebut. Yang mana, telefon Coca-Cola ini dijangka akan dilancarkan pada Mac ini di India.


Namun begitu, pengeluar untuk telefon Coca-Cola ini  masih lagi menjadi rahsia. Terdapat laporan menyatakan yang telefon edisi khas ini mungkin dihasilkan oleh realme melalui siri realme 10.


Walaubagaimanapun, laporan ini masih lagi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.