Samsung dilaporkan akan hadir dengan engsel baharu Galaxy Z Fold5 - FUZZ.MY

Monday, January 16, 2023

Samsung dilaporkan akan hadir dengan engsel baharu Galaxy Z Fold5


Samsung telahpun melancarkan empat model peranti boleh-lipat dengan Galaxy Z Fold4 adalah yang terkini. Biarpun, telah melancarkan empat model. Namun, masalah kesan lipatan pada skrin masih lagi menjadi masalah utama Samsung.


Terbaru, masalah tersebut dilaporkan akan diselesaikan pada model akan datang iaitu Galaxy Z Fold5. Menurut pakar tiris Ice Universe, Samsung dijangka akan menggunakan mekanisme lipatan baharu yang dipanggil sebagai waterdrop. 


Melaluinya, skrin kini boleh dilipat secara menyeluruh tanpa sebarang ruang tidak seperti mekanisme sebelum ini. Ketahanan skrin boleh-lipat juga dilaporkan akan dipertingkatkan.



Perubahan lain yang dijangka akan dibawakan pada Galaxy Z Fold5 adalah seperti menggunakan sensor kamera baharu, reka bentuk yang lebih tinggi dan juga mempunyai tempat untuk menyimpan S Pen secara terbina.


Namun begitu, laporan ini masih terlalu untuk diperkatakan. Kami menjangkakan yang Galaxy Z Fold5 akan hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga teknologi yang lebih baik berbanding siri sebelumnya. Seperti biasa, lebih banyak maklumat yang akan dikongsi dari masa ke semasa.