Tiada pilihan storan 128GB pada siri Samsung Galaxy S23 – Tapi... - FUZZ.MY

Tuesday, January 3, 2023

Tiada pilihan storan 128GB pada siri Samsung Galaxy S23 – Tapi...


Siri Samsung Galaxy S23 dijangka akan hadir dengan pilihan storan bermula 256GB. Bermakna, tiada lagi pilihan storan bermula 128GB sepertimana pada siri Samsung Galaxy S22.


 

Laporan tersebut merujuk kepada perkongsian Ahmed Qwaider di Twitter. Menurutnya, Samsung hanya akan menawarkan satu pilihan storan untuk Galaxy S22 dan S22+ iaitu 8GB + 256GB. Manakala, untuk Galaxy S23 Ultra ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu 12GB + 256GB, 12GB + 512GB dan 12GB + 1TB.


Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah perkongsian tersebut mengenai varian tertinggi atau senarai penuh untuk siri Samsung Galaxy S23.


Biarpun, Samsung belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran siri Samsung  Galaxy S23. Namun, terdapat laporan menjangkakan yang Samsung akan melancarkan siri Galaxy S23 pada 1 Febuari ini. Seperti biasa, Samsung akan menawarkan tiga varian di bawah siri Galaxy S23 iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.