Close

Touch ‘n Go perkenalkan kad Prabayar dengan kerjasama Visa

Sebelum ini, Touch ‘n Go telahpun merancang untuk memperkenalkan kad prabayar Visa pada Oktober tahun lalu. Hari ini, secara rasmi kad prabayar Visa TNG eWallet tersebut telah tersedia untuk semua pengguna.

Melalui kad prabayar Visa ini, ia memboleh pengguna menggunakan kad tersebut untuk pembayaran menggunakan terminal. Selain itu, kad ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai melalui ATM untuk kegunaan antarabangsa dan tempatan.
Namun, ia hanya menyokong ATM yang dijana oleh Visa dan surcaj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk setiap transaksi. Kad prabayar ini juga diintergrasikan dengan baki TNG eWallet.
Dari segi keselamatan. kad prabayar Visa ini dikatakan lebih selamat dan merupakan kad Visa pertama hadir tanpa memaparkan sebarang nombor pada kad. Pengguna juga boleh mengawal beberapa tetapan melalui aplikasi TNG eWallet seperti pengaktifkan, matikan fungsi pengeluaran ATM, pembayaran atas talian dan sebagainya.
Sekiranya anda berminat, kad prabayar Visa ini boleh didapatkan melalui aplikasi TNG eWallet dengan melakukan tempahan pada bahagian kad Visa. Buat masa ini, kad ini ditawarkan secara percuma dan caj sebanyak RM5 dikenakan untuk penghantaran.

ARTIKEL BERKAITAN