Close

TSMC bakal jadi pengeluar utama untuk cip Snadragon 8 Gen 3

Qualcomm dijangka akan menggunakan dua pengeluar utama iaitu Samsung dan TSMC untuk menghasilkan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Walaubagaimanapun, menurut laporan terbaru. TSMC dijangka akan mendapat peratusan terbesar dalam penghasilan cip Snapdragon 8 Gen 3 berbanding Samsung. Ini adalah kerana, kadar hasil TSMC adalah lebih tinggi iaitu dengan 80% berbanding Samsung.
Kadar hasil Samsung yang rendah iaitu sekitar 10% dan meningkat kepada 20% selepas bekerjasama dengan syarikat Silicon Frontline Teknologi dilihat tidak mencapai sasaran yang diletakkan oleh Qualcomm. Berikutan dari itu, kebanyakkan cip Snapdragon 8 Gen 3 akan dihasilkan oleh TSMC.
Selain Qualcomm, Apple turut akan menggunakan khidmat TSMC untuk menghasilkan A17 Bionic yang berasaskan teknologi binaan 3nm. Dengan pretasti TSMC yang baik ketika ini, Apple dan Qualcomm dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah berkenaan penghantaran.

ARTIKEL BERKAITAN