Close

Twitter kini memaparkan Tab “For You” seperti TikTok


Twitter pada iOS kini memaparkan tab baharu pada Timeline iaitu “For You”dan “Following”.
Yang mana, sebelum ini kedua-dua tab tersebut memaparkan Home dan Latest.

See the Tweets you want to see. Starting today on iOS, swipe between tabs to see Tweets recommended “For you” or Tweets from the accounts you’re “Following.”

— Twitter Support (@TwitterSupport) January 11, 2023

 

Pada bahagian tab For You, ia memaparkan kandungan berdasarkan dari tweet yang disyorkan atau yang berkaitan daripada akaun yang tidak diikuti.

Manakala pada tab Following pula, ia memaparkan kandungan dari tweet yang dibuat oleh akaun yang dikuti seperti daripada selebriti dan juga rakan. Selain itu, pengguna kini lebih mudah untuk bertukar tab dengan rekaan Timeline baru.

Buat masa ini, Timeline baru ini hanya tersedia untuk pengguna iOS sahaja. Tidak dapat pastikan bilakah ia akan tersedia untuk pengguna Android.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN