Dari segi spesifikasi, Vivo X90 dan Vivo X90 Pro berkongsi beberapa spesifikasi utama seperti dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9200, skrin 6.78-inci AMOLED 120Hz, kamera swafoto 32 MP dan juga pengecasan 120W.
Perbezaan ketara pada kedua-dua model adalah pada kemampuan kamera dan juga kapasiti bateri. Pada Vivo X90 Pro ia hadir dengan tetapan tri-kamera 50MP Sony IMX989 sebesar 1-inci Ziess + 12MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto dan bateri 4870mAh. Sementara, pada Vivo X90 ia hadir dengan tetapan tri-kamera 50MP Sony IMX989 + 12MP ultra sudut lebar + 12MP telefoto dan bateri 4810mAh.
Buat masa ini, hanya tarikh pelancaran sahaja yang didedahkan. Untuk harga jualan dan penawaran masih lagi tidak didedahkan oleh Vivo Malaysia.