Close

WhatsApp bakal hadir dengan ciri yang membolehkan imej dihantar dengan kualiti asal

Sebelum ini, WhatsApp telahpun membawakan ciri Media Upload Quality yang membolehkan pengguna untuk menghantar imej dalam tiga pilihan iaitu Auto, Best Quality dan Data Saver. Namun begitu, pengguna masih tidak boleh menghantar imej dengan kualiti asal.
Terkini, ciri yang membolehkan pengguna menghantar imej dengan kualiti asal dilaporkan sedang diuji. Ciri tersebut telah dikesan melalui kemas kini WhatsApp Beta 2.23.2.11.
Melalui kemas kini tersebut, memperlihatkan terdapatnya penambahan ikon baharu yang diletakkan pada bahagian Drawing yang membolehkan pengguna untuk menetapkan kualiti pada imej. Selain itu, ciri ini juga memberikan pengguna lebih banyak kawalan dalam memilih kualiti imej yang ingin dihantar.
Walaubagaimanapun, ciri ini masih lagi dalam fasa percubaan. Tidak dapat dipastikan bilakah ciri ini akan tersedia untuk semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN