Close

WhatsApp bakal perkenal fungsi baru yang lebih mudah untuk pemindahan chat

WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan fungsi baru yang lebih memudahkan pemindahan chat atau data di antara peranti Android.



Fungsi baru pemindahan data ini tidak memerlukan pengguna untuk membuat sandaran melalui Google Drive seperti mana sebelum ini. Maklumat tersebut merujuk kepada perkongsian WABetaInfo, yang memperlihatkan tetapan tambahan pada bahagian chat iaitu “Chat transfer to Android”.

Selain lebih memudahkan pemindahan chat, fungsi ini juga dilihat dapat memulihkan sebarang masalah yang melibatkan chat history sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada peranti yang digunakan. Selain itu, fungsi ini juga dapat mempercepatkan lagi proses pemindahan chat.

Namun begitu, fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan. Buat masa ini, tiada lagi sebarang maklumat mengenai ketersediaan fungsi ini kepada pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN