Close

3 perkara menarik mengenai siri Samsung Galaxy S23


Samsung secara rasminya melancarkan kemas kini untuk peranti andalan mereka iaitu siri Samsung Galaxy S23. Hadir dengan tiga varian iaitu 
Samsung Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi reka bentuk, spesifikasi dan kemampuan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya.


Namun tahukah anda, terdapat beberapa perkara menarik mengenai siri Samsung Galaxy S23. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi tiga perkara menarik mengenai siri Samsung Galaxy S23.

Snapdragon For Galaxy


Seperti yang kita tahu, Samsung bukanlah peranti pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Tetapi, Samsung merupakan pengeluar pertama yang hadir dengan cip khas dari Qualcomm yang dipanggil sebagai cip Snapdragon For Galaxy

Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy adalah lebih berkuasa dari cip Snapdragon 8 Gen 2.  Biarpun, masih menggunakan teknologi binaan dan konfigurasi teras (1+4+3) yang sama. Namun, teras utama cip khas ini adalah lebih pantas iaitu 3.36GHz berbanding 3.2GHz pada versi biasa. Selain itu, terdapat juga peningkatan pada kelajuan GPU iaitu 719MHz berbanding 680MHz pada versi biasa.

Samsung mendakwa, cip khas ini menawarkan peningkatan sebanyak 34% pada CPU dan  41% pada GPU dari model sebelumnya. Kemampuan NPU AI Engine juga meningkat sebanyak 49% untuk pemprosesan imej dan video yang lebih baik.

Gorilla Glass Victus 2



Samsung sentiasa menjadi pendahulu kepada mana-mana teknologi. Jadi, tidak hairanlah jika Samsung menjadi pengeluar pertama di dunia yang menggunakan Gorilla Glass Victus 2 pada siri Samsung Galaxy S23.


Gorilla Glass Victus 2 telapun dilancarkan pada November tahun lalu dan merupakan kaca buatan paling tahan lasak di pasaran ketika ini. Menawarkan peningkatan dari segi ketahanan dan kemampuan hentakan pada permukaan yang lebih kasar seperti konkrit dan permukaan jalan raya. Dari ujian yang dilakukan, Gorilla Glass Victus 2 dilihat mampu bertahan pada ketinggian 2 meter pada kedua-dua jenis permukaaan.



Selain itu, Gorilla Glass Victus 2 dibina dengan menggunakan 22% sumber alam sekitar menjadikan ia sebagai produk mesra alam sekaligus memperolehi Pengesahan Tuntutan Alam Sekitar. Sebelum ini, Samsung juga merupakan pengeluar pertama yang menggunakan Gorilla Glass Victus + pada siri Samsung Galaxy S22.

Samsung Galaxy pertama dengan kamera 200 MP

Samsung Galaxy S23 Ultra bukanlah peranti pertama dengan kamera 200 MP. Tetapi, boleh dikatakan sebagai antara yang terawal yang hadir dengan kamera 200 MP.  Kamera utama Samsung Galaxy S23 Ultra ini menggunakan sensor ISOCELL HP2 dengan f/1.7. Menyokong teknologi Tetra pixel binning yang mampu menghasilkan imej 50 MP dan 12.5 yang lebih terang dan terperinci. 


Melalui teknologi kamera baharu ini, Samsung menjanjikan peningkatan dari segi pemprosesan imej yang lebih baik pada keadaan kurang cahaya melalui mod Nightophgrapy. Mod ini mengabungkan kesemua 200 juta piksel untuk fokus, melalui keupayaan Super Quad Phase Detection (Super QPD).

Selain itu, Samsung turut menaik taraf kemampuan kamera yang menyokong lebih banyak mod seperti  Astrophotography dan juga Expert RAW. Mod Expert RAW kini mampu menyimpan imej dengan resolusi sehigga 50 MP. Secara keseluruhan, Samsung menjanjikan peningkatan kamera yang lebih baik serta lebih versatile dari semua aspek berbanding model sebelumnya.

Di Malaysia, siri Samsung Galaxy S23 dijual pada harga bermula RM3899 sehingga RM7199. Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk peranti ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Samsung bermula hari ini sehingga 23 Februari. Setiap pra-tempahan akan menarima e-Voucher bernilai RM400 dan promosi storan berganda sehingga RM500.

ARTIKEL BERKAITAN