Close

Android 14 versi Developer Preview kini tersedia untuk pengguna Google Pixel

Google hari ini melepaskan kemas kini Android 14 pertama melalui Developer Preview atau dipanggil sebagai Android 14 DP1 untuk pengguna Google Pixel. 

Google mendakwa yang Android 14 membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi, privasi, keselamatan dan juga kemampuan penyesuaian antaramuka. Android 14 turut akan mengekalkan ciri yang ada pada Android 12L dan Android 13 dalam menyokong peranti dengan skrin yang lebih besar dan skrin boleh lipat.

 

Selain itu, Android 14 juga akan turut menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, jangka hayat bateri yang lebih panjang dan peningkatan sistem kesihatan.

Seperti biasa, Android 14 DP1 ini hanya tersedia untuk pengguna Google Pixel sahaja. Antara model yang menyokong adalah Google Pixel 7 Pro, Pixel 7, Pixel 6a, Pixel 6 Pro, Pixel 6, Pixel 5a 5G, Pixel 5 dan Pixel 4a (5G). Versi stabil Android 14 dijangka akan dilancarkan pada Ogos atau September 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN