Close

Apex Legends Mobile dihentikan – Ini sebabnya…

Respawn Entertainment hari ini mengumumkan yang permainan Apex Legends Mobile akan ditamatkan perkhidmatannya di seluruh dunia pada 1 Mei 2023 iaitu 90 hari dari sekarang.
Faktor utama permainan ini ditamatkan adalah kerana Respawn Entertainment tidak lagi dapat menghasilkan kualiti, kuantiti dan juga kandungan yang terbaik untuk permainan Apex Legends versi Mobile.

Berikutan dari pengumuman tersebut, stor permainan Apex Legends Mobile kini tidak lagi boleh diakses dan sebarang transaksi juga tidak lagi boleh dilakukan. Pemain yang masih mempunyai kredit perlu menghabiskannya kerana tiada proses pemulangan akan dibuat selepas permainan dihentikan.
Hanya Apex Legends versi Mobile sahaja yang dihentikan, manakala untuk platform lain iaitu PC dan Konsol masih lagi diteruskan seperti biasa.
Apex Legends Mobile telah dilancarkan pada Mei 2022 dan telah dinobatkan sebagai Game of  The Year  2022 di App Store.

ARTIKEL BERKAITAN