Close

Aplikasi Google Photos dilaporkan bermasalah selepas kemas kini 16.3.1


Apple hari ini telahpun melepaskan kemas kini 16.3.1. Kemas kini ini membawakan sejumlah penyelesaian pepijat, masalah keselamatan dan juga menawarkan sokongan untuk HomePod baharu.


Namun begitu, terdapat pengguna melaporkan yang aplikasi Google Photos tidak boleh digunakan selepas mengemaskini iOS 16.3.1. Masalah sama turut dilaporkan terjadi kepada pengguna iPad yang telah mengemaskini iPadOS 16.3.1.


Sementara, aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan Google Maps dilaporkan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah masalah tersebut berkait rapat dengan kemas kini terbaru yang dilepaskan oleh Apple.


Pihak Google telah dimaklumkan mengenai masalah tersebut dan akan memberikan penyelesaian melalui  kemaskini terbaru Google Photos versi 6.23.1.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN