Menurut Tim Cook, peningkatan jumlah pengguna aktif Apple di seluruh dunia adalah di dorong dengan barisan produk yang ditawarkan dan juga perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, ia juga di dorong dengan kesetiaan pengguna dan juga bilangan pengguna yang beralih kepada produk Apple berbanding pesaing mereka.
Pada tahun lalu, Apple mengumumkan mereka telah mempunyai 1.8 Billion pengguna aktif di seluruh dunia. Ia membawa maksud yang Apple berjaya menambah 200 Juta pengguna dalam tempoh 12 bulan yang lalu.