Close

Apple MacBook Pro 2023 dan Mac Mini 2023 kini boleh mula dibeli di Malaysia

Apple Macbook Pro 2023 dan juga Mac Mini 2023 kini boleh mula dibeli di Malaysia. Yang mana, kedua-dua model menerima sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan dijana dengan cip Apple M2 yang terbaru.


Apple MacBook Pro 2023 hadir dengan dua pilihan cip iaitu M2 Pro dan M2 Max serta dua pilihan skrin iaitu 14-inci dan juga 16-inci. Kedua-dua komputer riba ini menggunakan skrin Liquid Retina XDR dengan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20% pada CPU dan 30% pada GPU serta ketahanan bateri yang lebih baik iaitu sehingga 22 jam.


Manakala untuk, Mac Mini 2023 hadir dengan dua pilihan cip iaitu M2 dan M2 Pro. Menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang lebih baik dan mampu untuk melakukan tugas yang lebih berat seperti menyunting video, pengaturcaraan dan lain-lain. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm, Thunderbolt 4 dan 2x port USB A.





Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dijual pada harga bermula RM8799 untuk cip M2 Pro dan bermula RM13,199 untuk cip M2 Max. Manakala untuk MacBook Pro 16-inci, ia dijual pada harga bermula RM10,799 untuk cip M2 Pro dan bermula RM14,799 untuk cip M2 Max. 



Sementara, untuk Mac Mini 2023 ia dijual pada harga bermula RM2499 untuk cip M2 dan bemula RM5599 untuk cip M2 Pro.

ARTIKEL BERKAITAN