Apple mungkin hadir dengan satu lagi model baharu pada siri iPhone 16 – Berkemungkinan iPhone Ultra - FUZZ.MY

ASUS

Monday, February 6, 2023

Apple mungkin hadir dengan satu lagi model baharu pada siri iPhone 16 – Berkemungkinan iPhone Ultra


Apple dilaporkan akan menawarkan satu lagi pilihan model pada siri iPhone akan datang. Menariknya, model tersebut dikatakan akan dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding dari model Pro Max.


 

Menurut Mark Gurman, model yang lebih mahal berkemungkinan adalah model Ultra. Yang mana, model tersebut ini dijangka akan hadir dengan perbezaan yang lebih ketara seperti keupayaan kamera yang lebih baik, cip lebih berkuasa, skrin yang lebih besar dan rekaan yang berbeza.


Model yang lebih mahal ini dijangka akan dilancarkan seawal tahun 2024 melalui model siri iPhone 16 atau model yang lebih baharu iaitu iPhone 17. Namun begitu, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan.


Apple buat masa ini telahpun mempunyai satu produk dengan nama Ultra iaitu Apple Watch Ultra. Yang mana, jam tangan pintar ini hadir dengan spesifikasi dan rekaan yang sangat berbeza dari model sebelumnya.


(Sumber)