Close

Asus ROG Zephyrus G14, G16 dan M16 kini ditawarkan di Malaysia

Asus Malaysia kini sedia untuk menawarkan barisan baharu komputer riba permainan mereka iaitu ROG Zephyrus G14 2023 , G16 2023 dan M16 2023 untuk pasaran Malaysia. Hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dan reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.


Untuk spesifikasi Zephyrus G14 2023, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 14-inci resolusi QHD+ yang turut menyokong ROG Nebula HDR dan juga paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 7 7735HS yang dipadankan dengan GPU Nvidia Geforce RTX 3050 6GB GDDR6 bersama TGP 120W MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus. Menggunakan 16GB RAM DDR5, storan dalaman 512GB PCIe NVMe dan bateri 76WHrs.

Seterusnya adalah Zephyrus G16 2023, hadir dengan skrin bersaiz 16-inci resolusi QHD+ yang turut menyokong ROG Nebula HDR dan paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Intel Core i7-12700H yang dipadan dengan GPU Nvidia Geforce RTX 4050 6GB DDR5 bersama TGP 120W MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus. Menggunakan 16GB RAM DDR4, storan dalaman 512GB dan 512GB PCIe NVMe dan bateri 90WHrs.

Akhir sekali adalah Zephyrus G16 2023, dilengkapi dengan skrin bersaiz 16-inci resolusi QHD+ yang turut menyokong ROG Nebula HDR dan paparan 240Hz. Dikuasakan dengan cip Intel Core i9-13900H yang dipadankan dengan GPU Nvidia Geforce RTX 4090 16GB DDR5 bersama TGP 145W MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus. Menggunakan RAM 32GB DDR5, storan dalaman 2TB PICe NVMe dan bateri 90WHrs.

Untuk harga jualan, ROG Zephyrus G14 2023 dijual pada harga RM6499 dan ROG Zephyrus G16 dijual pada hraga RM6999. Manakala, ROG Zephyrus M16 dijual pada RM10999 (NVIDIA Geforce RTX 4070), RM14999 (NVIDIA Geforce RTX 4080) dan RM17999 (NVIDIA Geforce RTX 4090).

Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk ROG Zephyrus M16 2023 telahpun dibuka bermula hari ini sehingga 21 Februari. Pra-tempahan boleh dibuat melalui kedai atas talian Asus Malaysia, tetapi ianya tersedia dalam unit yang terhad. Asus terus memberikan hadiah menarik bernilai RM1029 berupa ROG Cetra True Wireless dan ROG SLASH Hip Bag untuk 15 pelanggan terawal.

Sementara untuk ROG Zephyrus G16 2023, ia akan tersedia pada penghujung bulan Februari dan ROG Zephyrus G14 2023 pula akan tersedia pada pertengahan bulan Mac.

ARTIKEL BERKAITAN