Close

ASUS Zenbook X14 OLED 2023 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

ASUS Malaysia mengumumkan komputer riba paling berkuasa mereka iaitu ASUS Zenbook X14 OLED 2023 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Membawakan peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

ASUS Zenbook X14 OLED 2023 akan dikuasakan dengan cip Intel Core i9-13900H yang dipadankan dengan 32GB RAM LPDDR5 dan GPU NVIDIA® GeForce RTX 3050. Dari segi rekaan, komputer riba ini tampil membawakan rekaan yang lebih kompak dan elegan serta tampil dengan kemasan POE seperti seramik.

Dari segi paparan,ia hadir dengan skrin bersaiz 14.5-inci OLED resolusi 2.8K yang turut menyokong paparan 120Hz, DisplayHDR True Black dan DCI-P3 100%. Bateri 70wH dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas USB-C.

ASUS Zenbook 14X OLED 2023 dijangka akan ditawarkan di Malaysia pada pertengahan Februari 2023. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai harga jualan.

ARTIKEL BERKAITAN