Close

ASUS Zenbook X14 OLED 2023 kini boleh mula dibeli di Malaysia


ASUS Zenbook X14 OLED 2023 kini boleh mula dibeli di Malaysia. Merupakan komputer riba paling berkuasa dari ASUS yang hadir sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.



ASUS Zenbook X14 OLED 2023 akan dikuasakan dengan cip Intel Core i9-13900H yang dipadankan dengan 32GB RAM LPDDR5 dan GPU NVIDIA® GeForce RTX 3050. Dari segi rekaan, komputer riba ini tampil membawakan rekaan yang lebih kompak dan elegan serta tampil dengan kemasan POE seperti seramik.

Dari segi paparan,ia hadir dengan skrin bersaiz 14.5-inci OLED resolusi 2.8K yang turut menyokong paparan 120Hz, DisplayHDR True Black dan DCI-P3 100%. Bateri 70wH dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas USB-C.

Untuk harga jualan, ASUS Zenbook 14X OLED 2023 dengan Intel Core i7-13700H dijual pada harga RM5999, untuk Intel Core i5-13500H dijual pada harga RM4999 dan untuk Intel Core i9-13900H dengan GeForce RTX 3050 dijual pada harga RM6999. Bagi yang berminat, pembelian boleh dibuat di semua kedai rasmi ASUS Malaysia atau melalui laman web rasmi ASUS Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN