Close

Audi Q8 e-tron, e-tron GT Quattro dan RS e-tron GT kini boleh dipra-tempah di Malaysia

PHS Automotive Malaysia kini membuka pra-tempahan untuk beberapa model kenderaan elektrik daripada Audi e-tron untuk pasaran Malaysia.
Kita mulakan dengan model Audi EQ e-tron, tampil dalam dua varian iaitu Q8 e-tron SUV dan juga Q8 e-tron Sportback. Untuk varian Q8 50 e-tron, ia mampu menghasilkan kuasa 335 hp dalam boost mode dengan 664 Nm. Bateri 89 kWh dimuatkan yang mampu bergerak sehingga 491 km untuk SUV dan 505 km untuk Sportback.
Manakala untuk varian Q8 55 e-tron, mampu menghasilkan kuasa 402 hp dalam boost dengan 664 Nm. Bateri 109 kWh dimuatkan yang mampu bergerak sehingga 582 km untuk SUV dan 600 km untuk versi Sportback. Untuk harga jualan, model EQ e-tron dijual pada harga RM369,000 hingga RM476,000 untuk SUV atau Sportback.
Seterusnya adalah model e-tron GT Quattro, menggunakan konfigurasi motor elektrik berkembar dengan pacuan semua roda yang mampu menghasilkan kuasa 469 hp dengan 630 Nm. Dimuatkan dengan bateri 85 kWh yang mampu bergerak sehingga 501 km untuk satu pengecasan penuh. Bagi yang berminat, e-tron GT Quattro dijual pada harga bermula dari RM559,000 hingga RM643,000.
Akhir sekali adalah model paling berkuasa, iaitu RS e-tron GT. Menggunakan motor elektrik berkuasa tinggi yang mampu menghasilkan kuasa 590 hp dengan 830 Nm. Pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 3.3 saat, kelajuan tertinggi adalah pada 250 km/j. Bateri 85 kWh dimuatkan yang mampu bergerak sehingga 472 km. Untuk model paling berkuasa ini, ia dijual pada harga RM749,000 hingga RM769,000.

ARTIKEL BERKAITAN