Close

Bank dicadangkan untuk membayar ganti rugi kepada mangsa penipuan ‘scam’


Kes penipuan ‘scam’ semakin hari semakin membimbangkan. Kerugian yang ditanggung mangsa bukan dalam jumlah yang kecil, malah mencecah sehingga ribuan ringgit. Berikutan dari itu, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chien Jen mencadangkan kerajaan untuk mewajibkan bank untuk membayar ganti rugi kepada mangsa penipuan ‘scam’ yang kehilangan duit dalam akaun.


Menurut beliau lagi, bank tidak perlu membayar jumlah penuh kerugian sebaliknya membayar sebahagian besar daripada kerugian tersebut. Melainkan, bank dapat membuktikan pemegang akaun turut terlibat dengan penipuan.


Dengan mewajibkan pembayaran pampasan kepada mangsa, bank akan memperuntukkan lebih belanja untuk menaik taraf keselamatan sistem e-perbankan dan memperkenalkan mekanisme dan SOP yang lebih ketat untuk melakukan transaksi.


Sebagai perbandingan, bank di Singapura membayar kerugian pada mangsa dan dalam masa yang sama turut menaik taraf sistem keselamatannya. Menariknya lagi, sejumlah SD13.7 juta yang dicuri daripada 790 pemegang akaun, diganti semula oleh OCBC Bank 100% kepada mangsa sebagai ‘goodwill payment’.


“Tetapi di Malaysia, pihak bank tidak sudi membayar apa-apa ganti rugi, polis tidak menangkap sesiapa di belakang sindiket, BNM pula tidak peduli dan kerajaan masih lagi mahu berbincang. Maka penipuan dan kecurian duit akan turus berleluasa”. ujarnya.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN