Close

BNM nasihatkan orang ramai kaji terma dan syarat sebelum memohon Shopee SLoan

Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai untuk meneliti dan mengkaji terma dan syarat produk SLoan yang ditawarkan oleh Shopee. SLoan, merupakan perkhidmatan pinjaman kewangan yang menawarkan tempoh lulus hanya dalam masa 24 jam.

Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia turut meminta orang ramai untuk mengkaji lebih mendalam sebelum membuat keputusan dalam mengambil mana-mana produk perkhidmatan pinjaman kewangan.

Mengulas lebih lanjut mengenai Shopee SLoan, ia dikendalikan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd yang dilesenkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sebelum ini, Shopee telah mengumumkan perkhidmatan pinjaman kewangan yang menawarkan pinjaman sehingga 100,000 dengan kelulusan dalam masa 24 jam. Seperti perkhidmatan pinjaman kewangan yang lain, SLoan turut mempunyai terma dan juga caj perkhidmatan yang tersendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN