Close

ChatGPT kini diintergrasikan pada aplikasi Snapchat

Teknologi ChatGPT yang dibangunkan oleh Open AI kini semakin mendapat tempat. Terbaru, aplikasi sosial Snapchat mengumumkan yang aplikasi mereka kini telah diintergrasikan teknologi ChatGPT yang diberi nama My AI.

Melalui My AI, ia boleh memberikan beberapa saranan seperti hadiah hari jadi untuk teman baik, cadangan aktiviti untuk dilakukan, cadangan makanan, resipi makanan dan lain-lain. My AI juga boleh diberikan nama dan boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna.

Semua perbualan dengan My AI akan disimpan dan akan disemak untuk meningkatkan lagi pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Namun begitu, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna Snapchat + sahaja dan akan diberikan secara berperingkat.

Seperti chatbot lain yang dikuasakan oleh AI, Snap Inc memberi peringatan yang My AI juga terdedah kepada perkara yang tidak diingini seperti halusinasi, penipuan dan sebagainya. Snap Inc turut menyarankan pengguna untuk tidak berkongsi rahsia dan mengambil bulat-bulat pendapat yang diberikan oleh My AI.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN