Close

ChatGPT Plus kini tersedia untuk pengguna Malaysia

Perkhidmatan kecerdasan buatan, ChatGPT Plus (Chat Generative Pre-trained Transformer) kini tersedia untuk pengguna Malaysia. Yang mana, sebelum ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

ChatGPT Plus merupakan pelan berbayar dan ditawarkan dengan harga $20 (RM89) sebulan. Pelan ini menawarkan masa respon yang lebih pantas, perkhidmatan boleh diakses pada waktu puncak dan juga akses awal untuk fungsi baharu.

ChatGPT dibangunkan oleh Open AI dan dilancarkan pada November 2022. Merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan yang sedang meningkat naik, boleh digunakan untuk melakukan sejumlah tugasan seperti menulis puisi, artikel, kod program, skrip dan sebagainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN