Close

China haramkan intergrasi ChatGPT pada semua syarikat teknologi utama di China

Syarikat teknologi utama di China diarahkan untuk tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berasaskan ChatGPT kepada orang ramai. Arahan tersebut dikeluarkan kerana kebimbangan yang semakin meningkat berhubung jawapan balas chatbot AI yang tidak ditapis.

Berikutan dari itu, beberapa syarikat teknologi seperti Tencent Holdings dan Ant Group, fintech dan Alibaba Group Holding diarahkan untuk tidak menawarkan ChatGPT pada platform mereka sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga.

Selain itu, syarikat teknologi perlu melaporkan sekiranya merancang untuk melancarkan perkhidmatan seperti ChatGPT dalam versi mereka sendiri.

ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI tidak tersedia secara rasmi di China. Namun, ada beberapa pengguna berjaya mengakses perkhidmatan tersebut melalui rangkaian persendirian maya (VPN). Beberapa perkhidmatan program mini yang disambungkan kepada ChatGPT yang dibangunkan pihak ketiga pada aplikasi WeChat juga telah disekat oleh Tencent.

Ini bukanlah pertama kali China menyekat atau mengharamkan perkhidmatan dari Amerika Syarikat. Google, Twitter, YouTube dan Facebook antara yang diharamkan di China. Pengharaman ini juga dilihat sebagai tindakbalas China terhadap Amerika Syarikat yang menyekat TikTok.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN