Close

Cip Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan dilancarkan lebih awal


Qualcomm kebiasaanya akan melancarkan cip andalan mereka sekitar November atau Disember pada setiap tahun. Namun, untuk cip Snapdragon 8 Gen 3 ia dijangka akan dilancarkan lebih awal dari kebiasaannya.


Laporan tersebut didedahkan oleh Digital Chat Station. Menurutnya, cip Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan dilancarkan sebelum November atau seawal Oktober 2023. Namun begitu, tiada sebarang maklumat yang lebih terperinci yang didedahkan mengenai cip tersebut.



Sebagai perbandingan, cip Snapdragon 8 Gen 2 juga dilancarkan dua minggu lebih awal dari cip Snapdragon 8 Gen 1. Qualcomm mendakwa cip Snapdragon 8 Gen 2 menawarkan peningkatan prestasi sehingga 35%, peningkatan grafik sehingga 25% dan juga kecekapan penggunaan kuasa sehingga 45%. Berikutan dari itu, cip Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan hadir lebih berkuasa dari model sebelumnya.


Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Qualcomm buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai cip Snapdragon 8 Gen 3.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN